top of page
Trees

BT1 - PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN

Bidang Tumpuan: About
Trees From Above

BT1 - Bidang Tumpuan pertama ialah Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan Kurikulum Hijau, penyelidikan dan penerbitan lestari, pengurusan laporan dan laman sesawang kelestarian, pelaksanaan program kesedaran dan penerapan budaya hijau, serta latihan, perkongsian kepakaran dan pengalaman bagi pelajar dan kakitangan.

PELAN TINDAKAN (PT)

Pelaksanaan Kurikulum Hijau

2. Penyelidikan dan Penerbitan mampan

3. Pengurusan laporan dan laman web kelestarian

4. Program Kesedaran Dan Penerapan Budaya Hijau

5. Latihan, Perkongsian Kepakaran Dan Pengalaman  bagi pelajar dan staff  

Bidang Tumpuan: Welcome
Trees

BT2 - PENGURUSAN TENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM

Bidang Tumpuan: About
Trees From Above

BT2 - Bidang Tumpuan kedua iaitu Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim melihat kepada pengekalan dan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelapasan karbon. Usaha ini perlu disokong dengan pelaksanaan inisitif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dan latihan dalam aspek pengukuran pengurangan karbon dioksida (CO2) dan lain-lain gas rumah hijau.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Amalan dan penggunaan peralatan cekap tenaga
2. Perlaksanaan bangunan rendah tenaga & seni bina pasif
3. Meminumkan pengunaan elektrik & Bayaran Tarif
4. Penetapan Tanda Aras Energy Used Index (EUI) dan penganugerahan  untuk Politeknik Malaysia yang layak
5. Program latihan & peningkatan ilmuan  (green tech) secara berskala  dan berterusan
6. Bilangan aplikasi tenaga boleh diperbaharui di kampus
7. Nisbah jumlah pengeluaran karbon dengan pelajar kampus
8. Mengukuhkan tadbir urus dalam menangani perubahan iklim
9. Pertandingan amalan terbaik  (Best Practices) Pengurangan Kesan Iklim

Bidang Tumpuan: Welcome
Trees

BT3 - PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN LANDSKAP

Bidang Tumpuan: About
Trees From Above

BT3 - Bidang Tumpuan ketiga adalah Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap dengan mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian. Fokus dalam pegurusan landskap pula mamberi tumpuan ke arah memberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan kepelbagaian bio dan landskap terhadap kelestarian alam sekitar serta mewujudkan landskap yang dapat mengekalkan kepelbagaian bio setempat.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Melaksanakan Latihan dan Kesedaran Perkongsian Maklumat & Data Bagi Pihak Berkaitan
2. Mengekalkan tumbuhan dan Habitat semulajadi
3. Melaksanakan Kajian & Tindakan Setempat

Bidang Tumpuan: Welcome
Trees

BT4 - PENGURUSAN SISA

Bidang Tumpuan: About
Trees From Above

BT4 - Bidang Tumpuan keempat memberi fokus kepada Pengurusan Sisa untuk peningkatan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkam penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Melaksanakan Program Kitar Semula (Prevent, Reduce, Reuse, Recycle, Treat)di Politeknik dan Kolej Komuniti
2. Melaksanakan program mengurangkan penggunaan bahan cetak dan plastik di Politeknik dan Kolej Komuniti
3. Mengurangkan pelupusan sisaorganik di tapak pelupusan melalui kompos sisa organik
4. Melaksanakan pelupusan sisa bukan organic
5. Mengendalikan dan mengawal selia sisa bahan-bahan toksik
6. Pengurusan rawatan sisa kumbahan

Bidang Tumpuan: Welcome
Trees

BT5 - PENGURUSAN AIR

Bidang Tumpuan: About
Trees From Above

BT5 - Bidang Tumpuan kelima ialah Pengurusan Air yang melalui peningkatan pengetahuan tentang utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan dan pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Pelancaran Kempen Amalan Penggunaan dan Penjimatan Air
2. Melaksanakan Pemantauan Penggunaan Air Semasa
3. Implementasi Program Sistem Kitar Semula Air dan Penggunaan
4. Membangunkan Sistem Pengumpulan Air Hujan
5. Penggunaan Alat Kecekapan Penjimatan Air

Bidang Tumpuan: Welcome
Trees

BT6 - PENGANGKUTAN

Bidang Tumpuan: About
Trees From Above

BT6 - Bidang Tumpuan keenam memberi tumpuan kepada Pengangkutan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Menggalakkan perkongsian kenderaan atau menggunakan kenderaan awam keluar kawasan dikalangan warga politeknik
2. Menyediakan garis panduan pelaksanaan pejalan kaki
3. Menyediakan polisi penggunaan kenderaan yang mengurangkan karbon

Bidang Tumpuan: Welcome
Trees

BT7 - PEROLEHAN HIJAU

Bidang Tumpuan: About
Trees From Above

BT7 - Bidang Tumpuan ketujuh iaitu Perolehan Hijau yang memberi fokus kepada pengenalan dan amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik dan Kojej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Pelaksanaan TOT
2. Penganjuran LatihanTaklimat Kepada Pembekal dan Supply Chain
3. Perancangan Perolehan Hijau Tahunan
4. Penyediaan Laporan Prestasi

Bidang Tumpuan: Welcome
bottom of page